Monday 16 December 2013

Seafood Di Kuala Selangor

Assalamualaikum w.b.t

Tanggal 14 Disember 2013, kami sekeluarga telah pergi ke Kuala Selangor untuk mencari makanan laut segar. Setelah mencari berhempas pulas, akhirnya jumpa juga tempat yang dicari iaitu kawasan pendaratan ikan di Bagan Pasir, Tanjung Karang.

Jom layan gambar.

Humaira melihat SeaFood banyak giler..



Di lokasi pertama kami membeli ketam dengan harga RM12/kg.. Kami beli 2kg.. Ketam masih hidup sewaktu memilih nak ambil ketam mana..

Di sini jugak tengok Cabuk (anak parang) yang masih belum kena ais. Ini kalau buat umpan Senohong/Kurau, meleleh tengok godaan Cabuk...



Cabuk fresh, susah nak cari ni..
 

Di lokasi kedua pula, dapat tengok Jenahak, Merah, Udang Merah, Senangin (saiz Gubal) dan ketam-ketam, tenggiri dan lain-lain.. Sini memang fresh-fresh semuanya..

Jenahak besar-besar

Meleleh tengok ikan..

Dah beli ketam, bawak balik masak halia pulak.. Memang sedap masakan isteri di rumah.. Tak makan nasi sangat, telan ketam je semuanya..


Memang sedap la makan Seafood Fresh ni.. Meleleh wooo....

-Juden-


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...