Wednesday 18 December 2013

Makeup Benelli TNT 600

Assalamualaikum w.b.t

Jadi dah ada motorsikal ni kena la Makeup pulak kan.. Tapi bukan sebarang makeup, ini adalah penambahbaikan untuk keselamatan juga..

Antara aksesori utama yang kena ada bila ada motor berkuasa tinggi ni antaranya adalah..

  • Bobbin + Paddock Stand (Untuk cuci drive chain dan sprocket)
  • Frame Slider (Kalau motor jatuh  kena slider dulu baru kena motor) material teflon
  • Radiator guard (tahan radiator dari kena bahan tajam yang menyebabkan radiator bocor)
  • Disc Lock alarm


Kebanyakan saya beli secara online dan pemasangan bagi aksesori Benelli TNT 600 agak mudah..


Membuka radiator screw bagi pemasangan radiator guard


Tuesday 17 December 2013

Memancing di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum w.b.t

Pada Ahad 15 Disember 2013, Kami sekeluarga pergi melawat ke tempat adik ipar di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Seperti biasa, kalau dah datang sini mesti mancing punya sebab tasik dia mmg cun.. Port boiling punya...

Tapi hasil tak pernah kasar, toman remaja selalu hinggap..

Layan gambar ni jom...


Humaira seronok nak mancing jugak..

Kami mancing berumpankan ikan lampam sebab tasik jernih, jadi lampam yang berkilau lebih memikat ikan..

 Teknik digunakan adalah pelampung, sekali pelampung tenggelam, henjut je sure lekat...

Hasil pertama oleh Pak Muda Aki dan Mukhlis

Monday 16 December 2013

Seafood Di Kuala Selangor

Assalamualaikum w.b.t

Tanggal 14 Disember 2013, kami sekeluarga telah pergi ke Kuala Selangor untuk mencari makanan laut segar. Setelah mencari berhempas pulas, akhirnya jumpa juga tempat yang dicari iaitu kawasan pendaratan ikan di Bagan Pasir, Tanjung Karang.

Jom layan gambar.

Humaira melihat SeaFood banyak giler..

Mengushar Motorsikal


Assalamualaikum w.b.t

Impian nak memiliki motorsikal sendiri telah lama di idamkan.. Sejak dari universiti lagi mengidam nak motor sendiri..

Tapi waktu tu hajat tak kesampaian kerana telah diminta oleh mak membawa kereta.

Setelah bekerja selama 4 tahun (waktu ni pinjam motorsikal abang ulang alik keje), buat survey macam-macam dah pasal motor, compare motor dan yang lain, akhirnya tanggal Disember 2013, saya telah membuat keputusan membeli Benelli TNT 600.



Ini dia Spesifikasi Benelli TNT 600.

Sunday 15 December 2013

Permulaan Blogku

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah beberapa kali berfikir, teringin juga merasa ada blog.

Akhirnya blog ini wujud. Insha Allah akan bercerita tentang diriku, pancing dan motorsikal.

Moga sesiapa yang melawat sudi memafkan segala kekurangan blog ini.

Terima Kasih

-Juden-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...